4 Sebab Perlu Benci Facebook

Hurm..mungkin kita semua mengenali simbol yang aku letak dekat atas nih kan...simbol ape lagi kalau bukan website paling terkenal 'FACEBOOK'...dan aku pasti semua dari kita mungkin ada akaun pada Facebook nih kan..tapi hari ini aku nak cerita bukan tentang kehebatan, kelebihan mahupun keseronokkan bermain Facebook tetapi aku nak kongsikan tentang keburukkan Facebook...aku kongsikan bukan untuk memboikot ataupun memburukkan Facebook sebab aku sendiri pun ada akaun Facebook jugak..cuma sekadar untuk kita berfikir tentang nya sahaja....aku nak kongsikan 4 sebab kenapa kita sepatutnya membenci Facebook....



1.Facebook telah membuat perjanjian dengan syarikat Zynga
Korang mesti tahu kan tentang syarikat Zynga nih...Hampir semua permainan online yang ade dalam Facebook nie datangnya dari company Zynga nih..betul kan...?? Sebenarnya apa yang kita tahu tentang Zynga??? Hurm..kita tidak tahu apa2 pun...
Zynga sebenarnya merupakan syarikan yang pernah membuat pelbagai isu penipuan menerusi iklan di interet..Syarikat Zynga juga menggunakan Facebook semata-mata menjalankan bisnes mereka dengan mengambil semua keuntungan pengguna Facebook yang bermain Permainan Zynga tanpa memberi sedikit pun kepada Facebook...bayagkan lah betapa busuknya hati Zynga yang sekadar mengambil kesempatan keatas populariti Facebook..
Secara kesimpuannya, Facebook akan dipandang hina kerana membuat perjanjian dengan Syarikat yang tamakkan keuntunggan semata-mata...

2.Facebook berkongsi data pengguna dengan hampir semua orang

Untuk pengetahuan korang, Facebook telah membuat perjanjian dengan kita semua sebelum kita nak menghantar borang pembukaan akaun Facebook kita secara online dengan mengatakan bahawa hak-hak dan maklumat peribadi pengguna Facebook akan dijaga secara ketat..Tapi kita sebnarnya silap kerana terlalu mempercayai perjanjian tersebut kerana sebenarnya Facebook telah menunjukkan maklumat peribadi kita kepada hampir semua pengguna...
Selain itu, Facebook juga telah mendedahkan maklumat peribadi para penggunanya kepada pengiklan di Facebook..menurut kajian Profesor Ben Edelman, setiap kali kita mengklik iklan ataupun aplikasi di dalam Facebook..para pengiklan dan syarikat yang mengeluarkan aplikasi di dalam facebook akan mengetahui semua maklumat peribadi kita...baru-baru ini Facebook bertindak lebih berani dengan menyebarkan maklumat pengguna kepada masyarakat dan tindakkan ini mendapat kritikkan hebat dari pelbagai pihak..namun sebagai penggua apakan daya kita untuk terus menghalang..kerana Facebook kini mejadi suatu keperluan didalam kehidupan....

3.Jika anda mempunyai akaun Facebook, Zuckerberg akan berfikir anda seorang yang bodoh
Mungkin sebilangan daripada kita tidak mengenali Mark Zuckerberg iaitu CEO Facebook...semasa Facebook dibuat, Zuckerberg telah memberitahu kepada sahabatnya bahawa dia telah menerima 4000 email termasuk gambar dan maklumat peribadi..lantas rakannya menjawab..."bagaimana engkau hendak menguruskan semuanya??"...Zuckerberg menjawab..."aku tidak tahu apa-apa..mereka yang mempercayaiku adalah sangat bodoh!!"...bukti ini jelas menunjukkan bahawa Facebook tidak memandang serius tentang isu-isu privasi pengguna sejak dari awal penubuhan Facebook lagi..walaupun di kritik hebat dari pelbagai pihak..namun sehingga kini Facebook dapat mengelak dari sebarang dakwaan kerana mereka menpunyai rangkaian yang sangat kuat....


4.Facebook dipelopori oleh seorang yang sangat hipokrit.
Facebook sebenarnya yang dipelopori oleh orang yang boleh digelar munafik kini lebih bergiat maju dalam membesarkan pengaruh mereka kepada pengguna...Isu yang selalu dibangkitkan adalah isu tentang 'Terma & Syarat' yang mereka gunakan kepada pengguna tetapi disebaliknya mereka telah membohongi semua pengguna dengan hanya menulis bahawa mereka menjaga privasi pengguna di dalam 'Terma & Syarat' mereka...
Isu "Draw Muhamad Days" yang satu keteika dahulu menjadi isu hangat yang membangkikan kemarahan penganut agama islam di seluruh dunia. Laman ini mengatakan segala yang tidak baik terhadap Islam...Selain itu isu pihak Nazi yang menghantar mesej-mesej untuk menjatuhkan agama islam juga shingga kini masih berlarutan membuatkan sebilangan masyarakat islam mengatakan Facebook itu adalah salah... 
Jika dilihat dari segi 'Terma & Syarat' yang dikemukakan oleh Facebook...mereka akan menghapuskan dan mengambil tindakkan terhadap pihak yang melakukan kesalahan sosial yang melibatkan keagamaan..namun sehingga kini, Facebook tidak mengambil tindakkan terhadap pihak yang cuba menjatuhkan islam..adakah ini satu provokasi semata-mata ataupun Facebook memang menyokong tindakkan pihak yang tidak bertanggungjawab itu menjatuhkan masyarakat islam???? Fikirkan lah....






Penulis : wan ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel 4 Sebab Perlu Benci Facebook ini dipublish oleh wan pada hari Jumaat, 2 Julai 2010. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 0 komentar: di postingan 4 Sebab Perlu Benci Facebook
 

0 comments: