Pantun Jepun

Pantun Jepun

Pulau Hokaido jauh ketengah,
Gunung Fuji bercabang tiga,
Hancur raksasa dikandung tanah,
Ultraman yang baik dikenang jua.

Dua tiga raksasa berlari,
Mana nak sama raksasa Kero,
Dua tiga Ultraman boleh kucari,
Mana nak sama Ultraman Taro.


Kalau roboh kota Narita,
Papan di Tokyo Ultraman dirikan,
Kalau sungguh itu kerja raksasa,
Badan dan kepala dia Ultraman Fire'kan.

Mengata dulang paku serpih,
Mengata raksasa,
Ultraman pula yang lebih-lebih.


Sudah gaharu cendana pula,
Sudah kalah di'Fire pula.

Orang berbudi kita berbahasa,
Fire diberi pada raksasa,
emmm....camne rasa??
Membazir tak masa??

Sekian terima kasih...(^^)
 

8 Perisa Pepsi Yang Sukar Dijumpai

Kali ini aku nak kongsikan 8 perisa air Pepsi yang sukar ditemui dan hanya dijual di tempat-tempat yang tertentu...

* Ice Cucumber
 

"B-Membrane" Concept Laptop

Alop...kali ini aku nak kongsikan sedikit tentang sebuah concept laptop yang dinamakan "B-Membrane" ciptaan seorang warga korea bernama Won-Seok Lee. Menggunakan fungsi projektor berkuasa tinggi sebagai monitor dan juga keyboard membrane yang akan muncul dengan sndirinya apabila ia diaktifkan.



 

Ronaldo Is A Daddy????


Alahai...siapa lah yang tidak kenal dengan orang yang dalam gambar kat atas tu kan..sapa lagi kalau bukan Cristiano Ronaldo, pemain bolasepak paling mahal yang bermain untuk kelab Real Madrid dan pasukan kebangsaan portugal...
      Menurut sebuah akhbar barat berjudul The Sunday Mirror, Ronaldo telah mempunyai seorang bayi hasil daripada hubungannya dengan seorang pelayan bar di waktu cuti musim panas lalu di Los Angeles..
      Menurut sumber daripada akhbar terbabit, bayi perempuan tersebut sah menjadi anak kandung Ronaldo apabila ujian DNA yang dilakukan ronaldo menunjukkan kesan positif. Demi menyembunyikan identiti dan segala masalah peribadi mereka berdua, Ronaldo dikatakan telah membayar wanita tersebut yang juga ibu kepada bayinya sebanyak $ 15,000,000 dan Ronaldo ingin membesarkan bayi tersebut bersendirian...
      Sekarang secara rasminya Ronaldo menamakan bayi tersebut semperna namanya sebagai seorang ayah...
 

FIFA Ball Evolution

Ola..kali ini aku mahu tujukkan sedikit tentang sesuatu yang baru aku explore ok..kali ini ceritanya tentang sesuatu yang berkaitan dengan evolusi..bukan evolusi KL drift..tetapi evolusi bola yang diguna pakai semenjak awal pembukaan pertandingan World Cup sehinggalah pada World Cup baru-baru ini...
        Sebelum aku nak tunjukkan evolusi bola piala dunia ini, aku nk kongsikan sedikit tentang sejarah piala dunia. Piala duia yang dianjurkan oleh Federation Internationale de Football Association (FIFA) bermula pada tahun 1930, tetapi pada tahun 1942 dan 1946, piala dunia tidak dilangsungkan kerana tercetusnya peperangan dunia ke 2. Antara pasukan yang meyertai piala dunia, Brazil merupakan satu-satunya pasukan yang layak ke semua siri piala dunia yang telah dianjurkan dan mereka telah menjulang kejuaraan sebanyak lima kali sebelum ini...
        Antara pasukan lain yang telah menjuarai piala dunia ialah pasukan Itali dengan empat kali, German dengan tiga kali, Uruguay dan Argentina dengan dua kali dan Perancis, England dan Sepanyol dengan masing-masing menjuarainya sekali...
        ok..sekarang beralih kepada topik kita yang sebenar..proses evolusi bola piala dunia..mari kita saksikan lah..ok...hee~~~~



 

Bila Kucing Overdose Makan

Alahai bila kucing kita terlebih makan ataupun lebih sedap dikatakan sebagai overdose makanan mereka sama ada Friskies ataupun makanan kucing yang lain...inilah jadinya...

* Overdose makan lah..kesian kucing nih...hahahahaha~~~~
 

Suit Termahal di Dunia

Suit ataupun pakaian yang biasanya lelaki pakai pergi sesuatu majlis rasmi. Mesti kita terfikir suit mahal dan ada harga yang mencecah sampai ke RM5000 di Malaysia. Tapi cuba kita lihat suit yang aku nak tunjuk ni, datang dari London....


Suit ini direka oleh sekumpulan pereka fesyen dari serata London..dibuat daripada kapas kualiti tinggi di import dari Kashmer Pakistan...Disaluti ebih daripada 480 biji berlian tulen...harga suit ni lebih kurang dalam...599,000 pound sterlling...mahal kan...hahahaha....

 

7 Cara Menyelamatkan Persekitaran

Saban hari, smakin banyak pihak yang berwajib serta badan-badan organisasi kerajaan mahupun bukan kerajaan semakin giat untuk bersama-sama menjalankan kempen penjagaan alam sekitar ataupun kempen "Go Green". Namun kini sangat ramai masyarakat yang tergolong di kalangan kita sering menyalahkan pihak-pihak yang terbabit kerana gagal menjalankan kempen dengan berkesan tanpa kita sendiri menyedari sebenarnya kita sendiri juga telah menyumbangkan punca kepada pencemaran dan ke tidak seimbangan persekitaran kita sekarang. Berikut adalah serba sedikit cara untuk kita menjalankan kempen "Go Green" dirumah ataupun di pejabat.

Langkah 1

Simpan Tenaga - Cuba lihat disekeliling rumah ataupun pejabat. Sudah pastinya ada cara untuk kita meyimpan tenaga. Contoh nya ialah kita boleh melabur sedikit wang simpanan untuk membeli sebuah alat yang dipanggil "Thermostart". Denagan alat ini kita boleh mengawal suhu kediaman ataupun pejabat kepada suhu yang diinginkan dan sekaligus dapat mengurangkan kesan kepada pemanasan global di sekeliling kita.
 *thermostart

Langkah 2

Isolasi - Memasang tingkap di kediaman dan terutamanya di pejabat anda kerana dengan cara ini anda dapat mengawal pergerakkan udara keluar dan masuk dan anda akan sentiasa mendapat udara yang segar. Dengan ini penggunaan penyaman udara dapat di kurangkan dan kita juga dapat membantu mengurangkan kepada masalah penipisan lapisan ozon.

 

China_Fresh_food

Aloha.... berfikir dan bercerita tentang negara China..kita mesti dah terfikirkan tentang banyak benda..conthnya China merupakan pengeluar barangan permainan terbesar dunia, China juga merupakan pengeluar barangan alat ganti bagi peralatan seperti barangan elektrik, kereta, dan juga pengeluar pakaian terbesar dunia...kita juga pastinya akan teringatkan dengan tempat-tempat perlancongan nya seperti The Great Wall, China Memorial Park dan juga Disneyland nya yang cukup terkenal....Tapi pernah tak kita terfikir tentang makanan segar yang sering dijual di negara mereka yang menjadi makanan harian penduduk di negara nya...kali ini aku akan tunjuk sedikit makanan yang dijual di sebuah pasar di China....jom saksikan....

*Jom Yamseng~~~~~hahahaha