Langkah 1
Simpan Tenaga - Cuba lihat disekeliling rumah ataupun pejabat. Sudah pastinya ada cara untuk kita meyimpan tenaga. Contoh nya ialah kita boleh melabur sedikit wang simpanan untuk membeli sebuah alat yang dipanggil "Thermostart". Denagan alat ini kita boleh mengawal suhu kediaman ataupun pejabat kepada suhu yang diinginkan dan sekaligus dapat mengurangkan kesan kepada pemanasan global di sekeliling kita.
*thermostart
Langkah 2
Isolasi - Memasang tingkap di kediaman dan terutamanya di pejabat anda kerana dengan cara ini anda dapat mengawal pergerakkan udara keluar dan masuk dan anda akan sentiasa mendapat udara yang segar. Dengan ini penggunaan penyaman udara dapat di kurangkan dan kita juga dapat membantu mengurangkan kepada masalah penipisan lapisan ozon.
Langkah 3
Menjimatkan Petrol - Salah satu langkah yang penting dalam penjagaan alam sekitar dengan menjimatkan penggunaan petrol. Kita boleh pergi ke tempat kerja mahupun ke sekolah dengan menaiki basikal. Jika ini bukan sebagai satu pilihan, kita boleh juga menumpang rakan ataupun menaiki pengangkutan awam seperti bas dan LRT. Langkah ini dapat membantu kita untuk mengurangkan kadar kandungan karbon monoksida yang terdapat di udara kita sekarang.
Langkah 4
Botol Air - Bukannya membuang botol air, tetapi cuba gunakan berulang kali sehingga botol itu tidak dapat digunakan seperti bocor, barulah kita buangkan nya kepada pihak kitar semula.
Langkah 5
Menjimatkan air - Pasang alat penapisan air dikediaman anda ataupun di pejabat untuk mengurangkan kelajuan pancuran air demi mendapatkan penjimatan yang lebih. Dengan ini, kuantiti air yang digunakan yang bercampur dengan bahan kimia yang mengalir ke dalam sungai dapat dikurangkan.
Langkah 6
Mentol lampu - Beralih kepada mentol lampu jimat elektrik, mungkin kita akan meggunakan belanja yang lebih tetapi kita kan dapat mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak 3/4 daripada mentol biasa dan mentol jenis ini lebih tahan lama berbanding mentol biasa.
*mentol jimat elektrik
Langkah 7
Pemanas Air - Balut pemanas air anda dengan selimut ataupun tuala. Kita akan kehilangan RM10 ~ RM20 untuk tuala ataupun selimut tadi tetapi anda sebenarnya sedang berjimat dalam jangka masa yang panjang. Pemanas air sebenarnya akan sentiasa melepaskan haba dalam jumlah yang banyak ke udara ketika digunakan ataupun tidak digunakan tanpa kita sedari. Dengan langkah ini, hita dapat mengurangkan pelepasan haba yang terjadi dan sekaligus menjimatkan tenaga yang digunakan dan kita dapat merasakan penjimatan itu ketika kita hendak membayar bil. (^^)v
Akhirkata..."Go Green" untuk masa depan yang sihat dan aman....sayangi bumi sayangi semuanya...
0 comments:
Catat Ulasan