Jom Sembang Pasal HCI (Human-Computer Interaction)

Haa..korang mesti tertanya-tanya kan ape bende yang aku dok merepek nie kan...korang perasan tak?? Dalam keseronokkan dan kesedapan korang dok melayan perasaan kat depan laptop atau PC korang tu..sebenarnye korang sume telah melakukan sesuatu proses yang dipanggil sebagai "berinteraksi"..ahaaa....Berinteraksi dgn sape?? Awek??? Amoi?? Balak korang kew?? Tak...interaksi dengan komputer la yang dipanggl sebagai HCI...iaitu keperluan antara satu sama lain diantara pengguna dan komputer...mcm gambar animasi kat bawah nie...kita memerlukan komputer untuk memainkan muzik dan komputer pula memerlukan aplikasi perisian yang betul untuk menjalankan proses arahan yang kita bagi....



 HCI (Human-Computer Interaction) ialah kajian, perancangan dan reka bentuk interaksi antara manusia (pengguna) dan komputer. Ia sering dianggap sebagai persimpangan sains komputer reka bentuk dan beberapa bidang pengajian lain.Interaksi antara pengguna dan komputer berlaku pada antara muka pengguna , yang merangkumi kedua-dua perisian dan perkakasan; sebagai contoh,watak atau objek yang dipaparkan oleh perisian pada monitor komputer peribadi itu, input yang diterima daripada pengguna melalui peranti perkakasan seperti papan kekunci dan tetikus.


Antara contoh perkakasan HCI yang mungkin ader depan mata koarang adalah :

1. Telefon Bimbit
Nokia N9
OK lah aku ambil model Nokia N9 yang baru ader kat pasaran...Kenapa aku katakan handphone adalah salah satu perkakasan yang melibatkan proses HCI??? Sebab nyer adalah, kita sebagai pengguna memerlukan perkakasan ataupun perisian yang betul dan baik untuk menjalankan segala proses yang kita mahukan ketika kita mengaplikasi atau menggunakan handphone nie..contoh...keyboard untuk masukkan data, dan komputer ataupun handphone nie plak ader skrin atau monitor untuk menterjemahkan data yang kita masukkan tadi...same la mcm PC kan...senang citer kita perlukaan komputer untuk kemudahan kita dan komputer plak memerlukan kita untuk kemudahan bagi pemprosesan data dan menjalankan segala arahan yang kita beri...sbb tu lah...proses nie dipanggil interaksi antara pengguna dan komputer...

2. Tetikus
Gamming Mouse
Tetikus juag merupakan salah satu perkakasan komputer yang membolehkan proses HCI terjadi. Digunakan untuk mengawal cursor ataupun penunjuk pada skrin komputer bagi pengguna memulakan arahan atau memasukkan data kepada komputer. Dengan rekabentuk yang bersesuaian dengan genggaman tangan, pengguna lebih selesa dan interaksi diantara pengguna dan komputer akan berjalan dengan lebih lancar.

3. Papan Kekunci Berkomputer

Keyboard CPU
New update dimana model seperti ini pernah dikeluarkan oleh syarikan komputer Commodore pada tahun 90-an...tetapi terdapat perbezaan yang besar dimana cpu ataupun unit utama komputer seperti HDD Drive, motherboard, DVD rom, Ram dan power supply dipasangkan didalam keyboard tersebut. Kelebihannya ialah, memerlukan ruang yang kecil dan memudahkan pengguna untuk melakukan proses seperti memasang DVD/CD, memori simpanan luaran (pen drive) dan lain-lain...semuanya didalam satu peralatan...

4. Kad Kredit Digital

Digital Credit Card
Teknologi yang telah digunakan dijepun yang memudahkan pengguna menyemak segala maklumat atau akaun kredit kad diorang...hahaha...kat Malaysia belum digunakan lagi kot....yang best nyer..kad nie sama dengan kad kredit lain, ringan dan korang boleh simpan dalam beg duit korang...

5. Mesin ATM
Mesin ATM
Mesin yang menjadi teman baik semua manusia bile dalam poket dah tinggal sarang labah-labah atau habuk...dan boleh dikatakan mesin nie lah yang paling kaya dan pemurah pernah aku jumpa sebab mesin nie banyak duit dan suke bagi duit kat kite kan...rekabentuk mesin nie sesuai dengan pengguna sebab kedudukkan skrin dan kekunci yang menyelesakan pengguna untuk menggunakannya...

Haa...aku dah senaraikan lima contoh perkakasan yang menyebabkan berlakunya proses HCI..hope korang paham ape tu HCI dan boleh la dok fikir kan benda lain yang korang rase pon boleh menjalankan proses HCI nih..ok la..sampai sini jew informasi ang aku nak kongsi...ok la...harap dapat membantu ya....bye2...

Penulis : wan ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Jom Sembang Pasal HCI (Human-Computer Interaction) ini dipublish oleh wan pada hari Selasa, 5 Julai 2011. Semoga artikel ini dapat bermanfaat.Terimakasih atas kunjungan Anda silahkan tinggalkan komentar.sudah ada 1comments: di postingan Jom Sembang Pasal HCI (Human-Computer Interaction)