Penyiasatan oleh Dr Web mengatakan bahawa lebih dari 600 000 MAC telah dipasang malware kela tertinggi yang membolehkan MAC mereka dirampas dan dijatikan 'botnet'.
Dr Web mengatakan hampir keemuanya yang dijangkiti malware terebut berada di seluruh Amerika, walaupun Apple dah keluarkan peranti keselamatan khas, namun masih ramai yang terdedah dengan viru baru ini.
Mula dikesan September tahun lalu apabila perisian palsu yang menyamar sebagai Flash Player menyerang sebuah agensi anti-virus. Virus tersebut boleh memadamkan anti-virus komputer anda dan menukar pengaturcaraan Java sekaligus pemilik virus dapat mengawal dan membolehkan dia menceroboh pelbagai website yang dilayari oleh pengguna MAC yang dijangkiti virus tersebut.
Dr Web berkata, dengai virus ini, pemilik virus berpotensi mengawal mesin dengan jumlah yang banyak sekali gus walaupun jarak yang sangat jauh.
ehingga kini masih belum diketahui tujuan pencipta virus tersebut, adakah untuk penyelewengan wang atau sebaliknya, namun dari penelitian yang dibuat, kebanyakkan viru mula menular di Amerika, Canada, Australia dan United Kindom.
Dr Web juga berkata bahawa sebanyak 274 komputer yang dijangkiti terletak di kawasan utama pejabat dan kilang Apple di Amerika dan dia percaya bahawa pemilik virus mampu membuat sesuatu yang buruk terhadap agensi Apple.
Namun Apple dan pemaju Java Oracle akan membina sistem keselamatan yang lebih tinggi, dan semua pengguna Apple bakal memiliki peranti keselamatan itu tidak lama lagi.
Berita Oleh BBC.
0 comments:
Catat Ulasan